Profil Koperasi

Koperasi ertinya suatu pertubuhan orang berautonomi yang bersatu secara sukarela untuk memenuhi keperluan dan aspirasi ekonomi, sosial dan budaya mereka yang sama melalui suatu perusahaan milik bersama dan dikawal secara demokrasi yang berdaftar di bawah Akta Koperasi 1993. Koperasi Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) Berhad didaftarkan pada 25 Ogos 1997 dibawah Jabatan Pembangunan Koperasi(JPK) kini Suruhanjaya Koperasi Malaysia dengan nombor pendaftaran J-2-0353. Pada asalnya Koperasi UTHM dikenali sebagai Koperasi Kolej Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Berhad, setelah pertukaran nama Kolej Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (KUiTTHO) kepada Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, Koperasi menurut subseksyen 18(3) Akta Koperasi 1993 menukarkan namanya kepada Koperasi Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Berhad (KOOP UTHM).

KOOP UTHM ditubuhkan menurut Akta Koperasi 1993 berlandaskan kepada prinsip-prinsip koperasi seperti berikut :

i.            Keanggotaan sukarela dan terbuka;

ii.            Kawalan secara demokratik oleh anggota;

iii.            Penglibatan anggota dalam kegiatan ekonomi;

iv.            Kebebasan autonomi;

v.            Pendidikan, latihan dan maklumat;

vi.            Bekerjasama di antara koperasi-koperasi;

vii.            Prihatin terhadap komuniti.

Pada awalnya, Koperasi ini menjalankan aktiviti untuk keperluan kakitangan dan mahasiswa universiti sahaja seperti Mini Mart yang menjual alatulis, makanan ringan, buku dan cenderamata sahaja. Pada masa kini, bidang peruncitan merupakan satu sektor pendapatan yang utama Koperasi melalui 4 unit outlet Mini Mart di sekitar kawasan Kampus Utama UTHM.

Bermula tahun 2012, Koperasi telah menceburkan diri di dalam sektor perkhidmatan yang baru melalui aktiviti pembiayaan kredit. Melalui perkhidmatan ini, para anggota koperasi memperolehi kemudahan untuk membuat pinjaman kewangan melalui koperasi disamping membantu meringankan beban anggota. Melalui aktiviti ini, telah memberikan kesan terhadap pertambahan bilangan anggota daripada 300 lebih kepada 635 orang yang terdiri daripada staf universiti. Melalui aktiviti ini secara langsung telah menceburi bidang yang lebih mencabar iaitu antara sektor keberhasilan utama Koperasi pembiayaan peribadi.

Selain itu, Koperasi juga membekalkan peralatan pejabat kepada Pejabat Bertanggungjawab (PTJ) yang terdapat di dalam UTHM dan juga membekalkan barangan bagi  aktiviti-aktiviti pelajar. Selaras dengan keperluan Agensi Kerajaan, Koperasi telah memperolehi Sijil Kementerian Kewangan dengan taraf Bumiputra serta pendaftaran CIDB Gred G4 di dalam kategori Pembinaan Bangunan dan Pembinaan Kejuruteraan Awam.

2 Responses so far.

  1. LEVCHENKOE89 says:

    TAHNIAH PADA KOOP UTHM, SBB DAPAT BUAT WEB NI. ESPECIALLY PADA KOPERATOR BARU EN.JAWER YG DESIGN WEB NI.

    • admin says:

      Terima kasih. Kami mengalu-alukan mana-mana pihak untuk memberikan cadangan bagi peningkatan mutu halaman web KOOP UTHM ini. Selamat hari raya maaf zahir dan batin.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>